Monday, July 26, 2010

Tribute....

Hidup, Mati, Jodoh, Pertemuan ditentukan oleh Allah,

sesungguhnya aturan Allah itu amat indah

dan tidak keberatan untuk memberitahu bahawa hati saya sedang melanggan pakej lengkap diatas...

Mati itu pasti, Hidup InsyaAllah...

kali nie saya diuji dengan kehilangan seorang sahabat...dan kesannya amat terasa...

hari inie...saya resah, walaupun jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi tapi mata masih tidak mampu dilelapkan...entah pukul berapa saya terlelap tapi beberapa minit sebelum sebelum pukul 5 tidur saya diganggu dengan deringan telefon..

"aini dah takde" lirih suara disebalik telepon..mata yang tadi separuh terbuka terus terjaga

"Allah!, betul ke apa yang aku dengar nie???"

Aini...kami mengenalinya diwaktu dia masih sihat, masih mampu tersenyum riang...dan masa sem 2 dia berkesempatan "menginap" di rumah saya selama dua minggu untuk menjalani SIEP (student in enterprise programme), subjek wajib pelajar umk...dan masa sem 4 saya berpeluang berkongsi bilik dengannya...tidak dinafikan dengan perangai saya yang gila-gila dan suka mengacau orang menyebabkan aini juga menjadi salah satu "mangsa" saya...dan kenangan demi kenangan menghantui...



sempat main futsal sama2 dulu...



masa buat siep sama2



masa pergi rumah pn tik sama2


dulu kami suka main games pokemon sama2...waktu subuh kalau tak saya yang kejutkan saya, mesti dia akan mengejutkan kami...berkongsi makanan, berkongsi bantal...erm...hanya tinggal kenangan...

dia memang baik, tak suka menyusahkan orang kerana penyakitnya, walaupun suka skip makan ubat dan selalu kena tegur dengan saya sebab tak makan ubat, dia still cool...dan kami tak pernah menyangka yang penyakit yang dialaminya begitu serius...

ibu dan kakaknya tak henti2 memohon maaf dan mintak halalkan makan minum dia, tapi yang saya lebih risau kan bagaimana kami hendak mintak maaf dengan dia kalau kami yang bersalah dan berhutang dengannya....

"Aini, aku mintak maaf dengan kau banyak2 kalau aku buat salah, dan halalkan jugak makan minum aku, dulu aku selalu makan pisang kau"

masa first time saya pergi melawat dirumahnya...hari isnin minggu lepas dia masih mampu tersenyum dan sempat nasihatkan saya

"niera...kena kuat semangat"

dan tue last word yang saya dengar dari dia..

Insyaallah Aini aku cuba kuatkan semangat...



p/s: semoga roh beliau dicucuri rahmat

p/ss: this is life!!! always turns up in the way that we never expect...full of suprises..

Tuesday, July 6, 2010

Walimah....

_
_
_
_

saya...

ehhh opsss walimah sepupu saya sebenarnya...hehehe

hari nie sebenarnya genap sebulan mereka melangsungkan majlis perkahwinan...heee saya saja tunggu ala-ala nak basi sikit baru publish...

hari nie bercadang untuk menpost entri bergambar sahaja...so enjoy!!!



nikah...rumah sesak tak terkata...gambar nie ambil dari tingkap je



Selamat Pengantin Baru....weeee



Majlis khatam al-Quran



sepupu saya mengadu...sanggul lintang nie punya lah berat sampai dia pening kepala...dan sanggul lintang nie merupakan simbolik kepada tanggungjawab yang berat yang bakal di galas...heeee



Barisan pengantin Lelaki



malam pun bersanding jugak... mak oiii



" kompang dipalu, hai si pengantin baru...lalalala"



main kawin2 heeeee...




main potong2 kek...heeee



Close-up kek



...boria..hahaha



the end of wed pics......



lastly, me, rafiq n batrisya huhu....

Tuesday, June 29, 2010

LiVe WeLL or LiVe HeLL,.....YoU ChOOse....

lama sungguh tak mencatit sesuatu di sini...kali terakhir, ketika saya masih di Kuala Lumpur dan sekarang sudah hampir 2 bulan saya pulang ke Kelantan..

Tiada idea???

idea datang melimpah ruah cuma kekangan masa dan bila mula menghadap laptop segala perkataan dan isi yang dirangka dan muncul secara spontan sebelum nie hilang bagai ditiup angin hehe...

+ + + + + + +



Live Well or Live Hell??? You Choose

masa letak status nie kat YM, saya telah ditegur oleh seorang rakan bertanyakan adakah saya mempunyai masalah...yelah kalau nak ikut kira memang agak kontrovesi status nie tapi sebenarnya saya hanya dilanda fenomena novel Rooftop rant hasil karya Hlovate yang amat menyentuh hati saya...ceritanya sangat best... saya syorkan semua orang baca...berbaloi2x hehe

tapi itulah hakikatnya, kita sebagai manusia cenderung untuk memilih lorong yang salah apabila ditimpa sesuatu masalah, walaupun kadang2 masalah itu hanya menimpa kita once in a while...dan kadang-kadang bila kita ada masalah segala happiness itu bagaikan ditengelamkan oleh miserable thing yang berlaku pada diri kita..

dan masa itulah hati mula terdetik

"kenapalah nasib aku jadi camni?"

"aku tengok orang tue selalu bahagia tapi aku???"


haa

ada gaya macam orang dah tak bersyukur pun ada kan???


+ + + + + + + +



i quoting hlovate,,,,nie certain part of rooftop rant..

"hidup tak selalunya lawa

tak selalu nya ada pelangi

kalau nak kata a bed of rosess pun, duri-durinya tetap ada"


yup i agreed with her, even a bed of roses pun still akan ada durinya dan kalau kita tak nak durinya nya kita still have to remove the torn...dan sebenarnya meremove kan duri itu sendiri adalah analogi kita menangkis segala dugaan dalam hidup kita

even pelangi pun, sebelum muncul mesti kena hujan dulu...dan harusnya kena hujan panas dulu..barulah encik pelangi keluar dengan cantiknya...ala2 kita kena menangis dulu barulah kita boleh tersenyum dengan megah dan yakin hehehe..

kak huda a.k.a diarisenja (saya suka baca blog dia) pun pernah kata

" our life is to short to wake up in the morning with regrets"

dan

orang melayu pun pernah kata:

berakit-rakit kehulu,

berenang-renang ketepian,

bersakit-sakit dahulu,

bersenang-senang kemudian..


+ + + + + +

orang tue kata macam tue orang nie kata macam nie then apa yang saya kata???

saya : " haa.....betullah tue apa yang dorang cakap muahaha"





so live life to the fullest

to live well or live hell,

you choose



p/s: jangan terlalu melayan perasan, tue yang buat satu masalah yang kecil jadi besar..

p/ss:untuk hidup dengan sejahtera atau sebaliknya, semuanya atas kita masa ni kita seharusnya jangan pointing finger pada orang...sebab pilihan sebenar ditangan kita

Wednesday, April 7, 2010

Antara yang TAHU agama dan MAHU beragama

Perasaan bercampur baur, terkilan, kecewa, geram dan tidak berpuas hati apabila membaca novel-novel gambaran cerita yang dikatakan bercinta secara islami banyak diperikan dalam buku-buku ini. Terdapat banyak pergajaran yang boleh diambil ikhtibar dan ada juga yang tidak berapa sesuai untuk dipraktikkan oleh kita. Namun itu semua terserah kepada kita sebagai pembaca untuk mengutip sebanyak mana ikhtibar yang mungkin dalam sesebuah buku.


Setelah berjaya mengkhatamkan beberapa buah buku novel islami di sini saya dapat membuat satu kesimpulan awal yang ada di antara novelis yang terlampau taksub dengan pendirian-pendiriannya. Namun berkata-kata tentang soal pendirian, setiap individu mempunyai pendiriannya yang tersendiri dan kita sebagai pembaca haruslah membuka minda kita seluas mungkin tentang apa yang cuba disampaikan oleh penulis.



Jika Ketika Cinta Bertasbih kita ada Khairul Azam dan Anna Athofunnisa, jika Ayat-Ayat Cinta kita dan Fahri, Maria serta Aisha dan begitulah juga novel-novel yang lain. Lumrah novel, masing-masing mempunyai watak utamanya yang tersendiri dan watak yang biasa diketengahkan dalam novel islami adalah watak seorang lelaki yang soleh dan juga watak wanita yang solehah, yang berpendidikan agama, diasuh dengan amal dan ilmu agama yang tinggi dan mempunyai akhlak yang baik. Namun apabila disua tentang jodoh dan calon isteri idaman ,mereka mula menetapkan syarat untuk memilih wanita yang beragama.


Tidak salah memilih yang beragama sedangkan dalam hadis Rasulullah S.A.W sendiri telah menetapkan bahawa “ Perempuan itu dinikahi kerana 4 Perkara, Kerana Hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang memiliki agama nescaya sejahtera hidupnya”. Sudah terang lagi bersuluh, yang beragama merupakan salah satu ciri utama untuk memilih calon pasangan hidup.


Namun apa yang menyebabkan saya terkilan adalah apabila watak lelaki soleh yang amat menegaskan mereka mahu memilih untuk memperisterikan wanita yang beragama kerana tidak mahu bersusah payah mendidik mereka untuk menjadi wanita solehah. Wanita solehah lebih terjamin dari segala segi berbanding wanita yang biasa-biasa. Namun adakah itu jaminannya???. Terdapat juga watak yang walaupun disua dengan wanita yang baik tetapi bukan berkelulusan agama mereka tetap tidak menginginkannya kerana risau tentang tahap agamanya. Tapi isu yang dibangkitkan adalah, jika semua lelaki soleh mahukan wanita yang beragama bagaimanakah pula nasib wanita-wanita yang “kurang beragama” tetapi “mahu beragama”??. Bukankah mereka lebih memerlukan seorang lelaki yang bergelar suami untuk memimpin tangan mereka ke syurga??



Di sini saya lebih bersetuju dengan pandangan Ustaz hasrizal dalam salah satu artikelnya dalam Buku Aku Terima Nikahnya. Jika kita melihat pada harta tahukah kita kekayaan itu tidak menjamin kebahagiaan? Bukan semua benda boleh dibeli dengan harta kekayaan. Jika kita melihat kepada keturunan, maka ia juga tidak memastikan anda untuk berada si syurga. Hatta anda mengahwini anak Pak Kiai sekalipun belum pasti tahap agamanya kerana hidayah itu milik Allah dan iman itu tidak boleh diwarisi. Jika kita melihat kepada kecantikan maka kecantikan itu akan pudar dibawa arus usia. Dan Jika kita memilih yang beragama, dan ia mengamalkan agama dalam erti kata sebenar insyaAllah itulah yang sebaik-baiknya, namun kita harus sedar dikalangan orang yang beragama ini terdapat beberapa kategori. Ada yang TAHU agama tapi tidak mempraktikkannya, tapi ada yang kurang agamanya tapi MAHU menghayati agama.


Apa-apa pun janganlah menyempitkan diri dengan erti “beragama” itu kerana tidak semestinya yang beragama itu baik dari serba serbi kerana manusia ini tidak sempurna. Bukan bermakna saya ingin menyatakan bahawa wanita yang mahu beragama itu lebih baik dari wanita beragama tetapi di sini perlunya untuk kita melihat aspek beragama itu dengan lebih luas. Perlu diingat perkahwinan itu wasilah, matlamatnya adalah agama.


Di dalam Al-Quran, surah An-Nur ayat ayat 26, Allah s.w.t. berfirman maksudnya: "Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik….." ,
Dengan ayat ini, kita tidak dapat menafikan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Jadi cubalah menjadi wanita yang terbaik jika hati itu menginginkan Lelaki yang terbaik sebagai teman hidup. Dengan menjadi produk solehah kita tidak perlu lagi ‘menyusahkan’ kaum suami untuk mendidik kita. Seorang ibu diibaratkan sebagai madrasah untuk anak2nya, sebab itulah perlunya menyediakan diri kita sebagai produk solehah.


Seorang teman ada menegur saya tentang ayat menyusahkan diatas kerana sudah menjadi tanggungjawap suami untuk mendidik isteri tapi sengaja saya mahu menegaskannya kerana saya kecewa dengan salah satu novel yang beranggapan isteri yang “tidak berapa solehah” ini akan melambatkan proses mentarbiah kerana terpaksa mendidik isteri terlebih dahulu, berbanding jika mereka mendapat isteri yang solehah mereka tidak perlu membuang banyak masa untuk mentarbiah isteri mereka dan hanya menumpukan pada usaha mentarbiah anak-anak sahaja.


Apa-apa pun jodoh itu adalah rahsia Allah. Jodoh dan Ajal itu telah Allah tetapkan kepada kita sejak kita berada dalam kandungan lagi. Jika kita mahukan pasangan yang terbaik maka jadilah yang terbaik kerana janji Allah kepada kita adalah perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya. Wallahuallam



p/s: tak suka watak novel yang digambarkan begitu perfect, jika mahu menghidupkan sesuatu watak, sepatutnya kembalilah ke alam realiti, di alam dimana setiap manusia itu melakukan kesilapan.

p/ss: Baca novel Nur Suraya bertajuk “ Nyanyian Tanjung Sepi”. Pendekatan islami yang biasa-biasa tetapi mengikut garis islam yang ditetapkan.

p/ss: Thanks to Wan Afifah yang setia menjadi editor kepada artikel-artikel saya.

Thursday, March 4, 2010

Ketupat CInta

(musim pertama)

siapa tahu apa yang dimaksudkan oleh saya tentang ketupat cinta nie????

hehehe ok lah meh la nak bercerita, Ketupat Cinta nie tajuk satu novel karangan Faisal Tehrani, erm saya terus terang, pengetahuan saya tentang Faisal Tehrani sangat cetek, banyak kali dengar nama dia tapi saya nie kan ketegaq sikit. banyak kali cerita baru masuk dalam sistem saraf hehe...

Ketupat Cinta adalah buku kedua karangan Faisal Tehrani yang telah saya baca..buku pertama adalah buku Detektif indigo..nampak je cover depan macam buku cerita budak2 tapi bila dah meneroka isi didalam nya saya yang besar gedabak dia pun kena ulang dua, tiga kali baru faham apa yang hendak diceritakan oleh penulis. then masuk buku kedua, ketupat cinta, bila saya pegang buku nie ramai yang cakap saya jiwang sebab baca buku cinta..tapi ingin saya tegaskan disini buku Ketupat Cinta adalah bukan buku cintan-cintun..



best jugak buku nie, dan menyebabkan kepala otak aku nie berjalan, dan berfikir, apakah cerita yang cuba disampaikan oleh penulis ini fakta atau rekaan semata2. macam Ramlee Awang Mursid, cerita rekaannya umpama real..kadang-kadang terpengaruh jugaklah hehe...

macam Ketupat Cinta ini, setiap chapter diberi nama makanan..dan novel ini banyak memperihalkan tentang asal-usul makanan tersebut, yang paling bestnya setiap makanan yang dicipta ada sebab dan munasabab nya dan hujahnya yang tersendiri..dan dikaitkan dengan agama...haaa pernah terfikir tak macam mana roti canai tercipta? kuih bom?bubur asyura? erm banyak lagi makanannya, erm ada jugak makanan yang aku tak kenal pun.(inilah orang muda zaman sekarang hehe)

perihal Parameswara yang baru memeluk islam itu, menyebabkan aku berfikir, kadang2 apa yang diceritakan oleh sejarah itu memang tiada cacat celanya, buku itu umpama memberi gambaran sebenar tentang keadaan zaman tersebut yang majoriti nya baru memeluk islam dan masih terikut2 dengan ajaran agama yang lama

yang paling bestnya, kadang2 aku boleh tergelak sakan dengan ayat2 dalam buku tersebut...nak tahu part mana yang kelakarnya kena baca sendiri.. aku nampak stail pengarang suka menyindir secara halus, gelak tu gelak jugak tapi kalau dapat faham apa yang cuba dimaksudkan oleh pengarang pedih jugak terasa di dada hehe...tapi itu lah budaya melayu, menegur dengan cara kiasan. penuh adab dan sopan dan seninya.

dan kalau nak tahu macam mana seorang gerau(tukang masak) mempengaruhi keamanan negara erm bacalah buku ini ya...tak rugi pun

p/s: buku nie ada musim kedua, so ada cerita di musim pertama yang agak tergantung

p/ss: buku nie ada campur perkataan arab sikit, then ada jugak perkataan melayu kuno(org panggil perkataan melayu kuno ke?) yang menyebabkan pembacaan anda akan terbantut sebab asyik nak tengok glosari kat belakang hehehe

p/sss: selamat membaca

Tuesday, February 23, 2010

Jodoh dan Pertemuan

Titik Permulaan

Hati aku terdetik melihat iffah begitu excited bercakap di telefon

“dengan siapa dia bercakap?”

“erm iffah cakap dengan siapa?”Tanya ku perlahan

“fiza!” balas iffah

“dia cakap ustaz hasrizal nak datang UMK”

“apa?bila?”jawabku. Sekarang nie aku telah mencapai tahap excited state pula hehe

Aku diam meneliti percakapan iffah dan fiza,

“owh yeke??kalau 6 Feb nie tak boleh la kitaorang join, kitaorang balik 12 Feb sambil2 cuti panjang sebab raya cina”kata iffah frust bunyinya

“alamak tak dapat la jumpa ustaz hasriza;”keluhku dalam hati.frust!!!

“iffah meh sini nak cakap dengan fiza”pintaku

“fiza, kenapa buat sem nie, ala tak baiklah korang buat time kitaorang tak ada kat university, buat lah sem depan”

“ala akak jangan lah macam nie, sem depan kita panggil lagi, nie tiba-tiba je program nie kaunselor nak buat”

“wahhhh bawah PRS ke? Dasyat lah korang eh, bawah kepimpinan baru lah katakan, erm xpelah fiza, kalau ada apa-apa bagitahulah kitaorang eh”

Telefon beralih tangan, aku meneruskan pembacaanku tapi dalam hati tuhan sahaja yang tahu betapa kecewanya hati nie..tapi aku pasrah

Harapan baru

“niera, tadi fiza message cakap ustaz hasrizal tak jadi datang 6 feb, postpone ke 27 feb” kata iffah

“waaaaa, bestnya tapi minggu tue kita kerjalah iffah, camne eh?nak mintak cuti ke?”

“erm boleh jugak”

Kepastian

“iffah, ore check jadual ustaz hasrizal tapi takde pun UMK dalam list dia”

“tahlah niera, saya Tanya fiza dia cakap tak confirm pun lagi”

hatiku mengeluh, “biar betik dorang nie”

Harapan demi Harapan

“niera, kak iffa bagitahu yang minggu ke4 tue cuti sebab maulidur rasul, so hari sabtu nie kerjalah, ganti yang next week punya” iffah bersuara

“waaah, tak payah apply cutilah kan, erm bestnya, confirmlah nie kita beli tiket hari 25 malam”

Tiket telah dibeli namun jawapannya masih belum pasti, “takpe, ada rezeki jumpalah” hati kecilku berbisik

Jawapan

22 feb 2010

“salam fiza, jadi ke abu saif datang U kte”

-message send-

-Message received-

“wasalam, setakat nih jadi datang…tapi malam nie ada meeting…so tunggu kata putus dari pengarah projek”

Aku tersenyum, berbaloi aku balik

23 feb 2010

-Message received-

“salam, akak2 sekalian…maaf banyak2…ustaz mintak postpone…sebab dia ada hal..then kami postpone 6 hb nie..tapi try call dia tak dapat…so tengah cuba untuk confirm lagi sekali”

Aku mengeluh dan kemudiannya tersenyum, takde rezeki nak jumpa, teringat kisah iphone ustaz hasrizal yang rosak, mungkin sebab 2 dorang tak dapat contact ustaz

“iffah tahu dah ke ustaz tak jadi datang 27 nie”

“tahu dah, “

“erm tak dapatlah nak jumpa, takkan kita nak balik lagi kot”

Jodoh dan pertemuan

Nie lah dikatakan hidup, mati, jodoh dan pertemuan semua ditentukan Allah, walaupun dah merancang tapi tuhan sahaja yang menentukan. Kalau dah memang tertulis tak ada rezeki nak berjumpa, tak akan jumpa jugak…mungkin rezeki di lain hari…setiap haluan kita telah dirancang oleh Allah dan something will happen for a reason.

p/s:terkilan jugaklah sebab tak leh jumpa tapi aku yakin suatu hari nanti jika diizinkan Allah aku akan jumpa jugak dia

Monday, February 22, 2010

Antara Jamal Dan Jalal

Suatu hari, pagi2 lagi aku dah baca satu artikel dalam majalah anis

bukan apa tajuknya amat menarik perhatian aku...

"carilah Jamal & Jalal pada isteri"

hehehe majalah anis yang iffah punya edisi februari 2010

kenapa kena cari jamal & jalal pada isteri???

permulaan artikel nie banyak bercerita tentang perasaan malu...ya malu adalah sebahagian dari iman( riwayat Abu Hurairah)...so apabila kita mempunyai sifat malu kepada Allah maka automatically kita akan malu melakukan dosa...yang paling penting kita kena menanam sifat malu dalam diri isteri dan anak2 tidak lupa juga pada sang suami kena jugak mempunyai perasaan malu dengan Allah bila tidak berjaya mendidik anak2 dan isteri ke jalannya.
bila fikir2 balik sikap malu tue memang penting, bila kita nak buat something dan sikit sebanyak perasaan malu akan menegah kita melakukan sesuatu yang perkara yang tak sepatutnya....tapi sepatutnya malu haruslah bertempat...jangan malu bertanya sebab malu bertanya nanti sesat jalan hehe....

untuk mengekalkan sifat malu 2 mesti susah so cara nak kekalkan sifat malu adalah dengan mempunyai kekuatan dalam diri untuk mendalami ilmu pengetahuan, mesti kuat berdoa n konsisten berzikir...

ustaz itu pesan jugak sepatutnya kita harus menyemai sifat malu kerana sifat malu itu merupakan lambang kecantikan....

pada perempuan itu haruslah didahului sifat jamal dan disusuli sifat jalal...jamal itu maksud nya kecantikan...so peribadi sorang perempuan itu mestilah cantik, dihiasi dengan lemah lembut , sopan santun dan berperibadi wanita mukmin zaman dahulu...

manakala sifat jalal plak adalah lambang kegagahan...so seorang wanita seharusnya matang dalam menguruskan rumahtangga dan berilmu. berilmu untuk turut sama bersama suami untuk mendidik anak2 dengan cara yang betul..

tapi ustaz 2 pesan lagi perempuan xleh meletak kan sifat jalal dulu sebab ia berjanggah dengan peradaban hukum kejadian wanita

manakala seorang wanita itu memerlukan suami yang bersifat jalal dan jamal iaitu gagah, berkepimpinan, bertanggungjawab dan matang, jamal plak bermaksud sabar, berhemah dan berlemah lembut dalam mentadbir keluarga
erm lepas baca artikel 2 satu je yang bermain2 dalam fikiran aku...

adakah aku dah mencapai tahap jamal dan jalal tu??

kalu belum, mampukah aku mencapai nya???

hish2 lemah lembut, sopan santun ????

macam xcaya je kalu aku jadi cam2 hehehe...mungkin satu masa nanti kot

kena cari suami yang boleh asuh aku jadi lembut hehe...
apa-apa pun jom kita berusaha dalam mengejar Jamal dan Jalal dalam edisi melengkapkan diri sebagai pakej terbaik sebagai calon isteri terbaik….

Kepada kaum hawa,

“Lebihkan Menjadi dari Mencari”