Tuesday, February 23, 2010

Jodoh dan Pertemuan

Titik Permulaan

Hati aku terdetik melihat iffah begitu excited bercakap di telefon

“dengan siapa dia bercakap?”

“erm iffah cakap dengan siapa?”Tanya ku perlahan

“fiza!” balas iffah

“dia cakap ustaz hasrizal nak datang UMK”

“apa?bila?”jawabku. Sekarang nie aku telah mencapai tahap excited state pula hehe

Aku diam meneliti percakapan iffah dan fiza,

“owh yeke??kalau 6 Feb nie tak boleh la kitaorang join, kitaorang balik 12 Feb sambil2 cuti panjang sebab raya cina”kata iffah frust bunyinya

“alamak tak dapat la jumpa ustaz hasriza;”keluhku dalam hati.frust!!!

“iffah meh sini nak cakap dengan fiza”pintaku

“fiza, kenapa buat sem nie, ala tak baiklah korang buat time kitaorang tak ada kat university, buat lah sem depan”

“ala akak jangan lah macam nie, sem depan kita panggil lagi, nie tiba-tiba je program nie kaunselor nak buat”

“wahhhh bawah PRS ke? Dasyat lah korang eh, bawah kepimpinan baru lah katakan, erm xpelah fiza, kalau ada apa-apa bagitahulah kitaorang eh”

Telefon beralih tangan, aku meneruskan pembacaanku tapi dalam hati tuhan sahaja yang tahu betapa kecewanya hati nie..tapi aku pasrah

Harapan baru

“niera, tadi fiza message cakap ustaz hasrizal tak jadi datang 6 feb, postpone ke 27 feb” kata iffah

“waaaaa, bestnya tapi minggu tue kita kerjalah iffah, camne eh?nak mintak cuti ke?”

“erm boleh jugak”

Kepastian

“iffah, ore check jadual ustaz hasrizal tapi takde pun UMK dalam list dia”

“tahlah niera, saya Tanya fiza dia cakap tak confirm pun lagi”

hatiku mengeluh, “biar betik dorang nie”

Harapan demi Harapan

“niera, kak iffa bagitahu yang minggu ke4 tue cuti sebab maulidur rasul, so hari sabtu nie kerjalah, ganti yang next week punya” iffah bersuara

“waaah, tak payah apply cutilah kan, erm bestnya, confirmlah nie kita beli tiket hari 25 malam”

Tiket telah dibeli namun jawapannya masih belum pasti, “takpe, ada rezeki jumpalah” hati kecilku berbisik

Jawapan

22 feb 2010

“salam fiza, jadi ke abu saif datang U kte”

-message send-

-Message received-

“wasalam, setakat nih jadi datang…tapi malam nie ada meeting…so tunggu kata putus dari pengarah projek”

Aku tersenyum, berbaloi aku balik

23 feb 2010

-Message received-

“salam, akak2 sekalian…maaf banyak2…ustaz mintak postpone…sebab dia ada hal..then kami postpone 6 hb nie..tapi try call dia tak dapat…so tengah cuba untuk confirm lagi sekali”

Aku mengeluh dan kemudiannya tersenyum, takde rezeki nak jumpa, teringat kisah iphone ustaz hasrizal yang rosak, mungkin sebab 2 dorang tak dapat contact ustaz

“iffah tahu dah ke ustaz tak jadi datang 27 nie”

“tahu dah, “

“erm tak dapatlah nak jumpa, takkan kita nak balik lagi kot”

Jodoh dan pertemuan

Nie lah dikatakan hidup, mati, jodoh dan pertemuan semua ditentukan Allah, walaupun dah merancang tapi tuhan sahaja yang menentukan. Kalau dah memang tertulis tak ada rezeki nak berjumpa, tak akan jumpa jugak…mungkin rezeki di lain hari…setiap haluan kita telah dirancang oleh Allah dan something will happen for a reason.

p/s:terkilan jugaklah sebab tak leh jumpa tapi aku yakin suatu hari nanti jika diizinkan Allah aku akan jumpa jugak dia

2 comments:

Dr Amad said...

InsyAllah boleh la nanti2 tu..ada rezeki..

Ziarah dari Dr Amad

kanvashati said...

thanks ya Dr. Amad kerana sudi berkunjung ke blog yg tidak seberapa ni..Ya..insyaAllah ada rezeki dapat la jumpa..Amin..doa2kan ya

Post a Comment