Tuesday, February 23, 2010
Jodoh dan Pertemuan
Posted by kanvashati at 8:55 PM 2 commentsHati aku terdetik melihat iffah begitu excited bercakap di telefon
“dengan siapa dia bercakap?”
“erm iffah cakap dengan siapa?”Tanya ku perlahan
“fiza!” balas iffah
“dia cakap ustaz hasrizal nak datang UMK”
“apa?bila?”jawabku. Sekarang nie aku telah mencapai tahap excited state pula hehe
Aku diam meneliti percakapan iffah dan fiza,
“owh yeke??kalau 6 Feb nie tak boleh la kitaorang join, kitaorang balik 12 Feb sambil2 cuti panjang sebab raya cina”kata iffah frust bunyinya
“alamak tak dapat la jumpa ustaz hasriza;”keluhku dalam hati.frust!!!
“iffah meh sini nak cakap dengan fiza”pintaku
“fiza, kenapa buat sem nie, ala tak baiklah korang buat time kitaorang tak ada kat university, buat lah sem depan”
“ala akak jangan lah macam nie, sem depan kita panggil lagi, nie tiba-tiba je program nie kaunselor nak buat”
“wahhhh bawah PRS ke? Dasyat lah korang eh, bawah kepimpinan baru lah katakan, erm xpelah fiza, kalau ada apa-apa bagitahulah kitaorang eh”
Telefon beralih tangan, aku meneruskan pembacaanku tapi dalam hati tuhan sahaja yang tahu betapa kecewanya hati nie..tapi aku pasrah
Harapan baru
“niera, tadi fiza message cakap ustaz hasrizal tak jadi datang 6 feb, postpone ke 27 feb” kata iffah
“waaaaa, bestnya tapi minggu tue kita kerjalah iffah, camne eh?nak mintak cuti ke?”
“erm boleh jugak”
Kepastian
“iffah, ore check jadual ustaz hasrizal tapi takde pun UMK dalam list dia”
“tahlah niera, saya Tanya fiza dia cakap tak confirm pun lagi”
hatiku mengeluh, “biar betik dorang nie”
Harapan demi Harapan
“niera, kak iffa bagitahu yang minggu ke4 tue cuti sebab maulidur rasul, so hari sabtu nie kerjalah, ganti yang next week punya” iffah bersuara
“waaah, tak payah apply cutilah kan, erm bestnya, confirmlah nie kita beli tiket hari 25 malam”
Tiket telah dibeli namun jawapannya masih belum pasti, “takpe, ada rezeki jumpalah” hati kecilku berbisik
Jawapan
22 feb 2010
“salam fiza, jadi ke abu saif datang U kte”
-message send-
-Message received-
“wasalam, setakat nih jadi datang…tapi malam nie ada meeting…so tunggu kata putus dari pengarah projek”
Aku tersenyum, berbaloi aku balik
23 feb 2010
-Message received-
“salam, akak2 sekalian…maaf banyak2…ustaz mintak postpone…sebab dia ada hal..then kami postpone 6 hb nie..tapi try call dia tak dapat…so tengah cuba untuk confirm lagi sekali”
Aku mengeluh dan kemudiannya tersenyum, takde rezeki nak jumpa, teringat kisah iphone ustaz hasrizal yang rosak, mungkin sebab 2 dorang tak dapat contact ustaz
“iffah tahu dah ke ustaz tak jadi datang 27 nie”
“tahu dah, “
“erm tak dapatlah nak jumpa, takkan kita nak balik lagi kot”
Jodoh dan pertemuan
Nie lah dikatakan hidup, mati, jodoh dan pertemuan semua ditentukan Allah, walaupun dah merancang tapi tuhan sahaja yang menentukan. Kalau dah memang tertulis tak ada rezeki nak berjumpa, tak akan jumpa jugak…mungkin rezeki di lain hari…setiap haluan kita telah dirancang oleh Allah dan something will happen for a reason.
p/s:terkilan jugaklah sebab tak leh jumpa tapi aku yakin suatu hari nanti jika diizinkan Allah aku akan jumpa jugak dia
Monday, February 22, 2010
Antara Jamal Dan Jalal
Posted by kanvashati at 11:12 PM 0 commentsbukan apa tajuknya amat menarik perhatian aku...
"carilah Jamal & Jalal pada isteri"
hehehe majalah anis yang iffah punya edisi februari 2010
kenapa kena cari jamal & jalal pada isteri???
permulaan artikel nie banyak bercerita tentang perasaan malu...ya malu adalah sebahagian dari iman( riwayat Abu Hurairah)...so apabila kita mempunyai sifat malu kepada Allah maka automatically kita akan malu melakukan dosa...yang paling penting kita kena menanam sifat malu dalam diri isteri dan anak2 tidak lupa juga pada sang suami kena jugak mempunyai perasaan malu dengan Allah bila tidak berjaya mendidik anak2 dan isteri ke jalannya.
bila fikir2 balik sikap malu tue memang penting, bila kita nak buat something dan sikit sebanyak perasaan malu akan menegah kita melakukan sesuatu yang perkara yang tak sepatutnya....tapi sepatutnya malu haruslah bertempat...jangan malu bertanya sebab malu bertanya nanti sesat jalan hehe....
untuk mengekalkan sifat malu 2 mesti susah so cara nak kekalkan sifat malu adalah dengan mempunyai kekuatan dalam diri untuk mendalami ilmu pengetahuan, mesti kuat berdoa n konsisten berzikir...
ustaz itu pesan jugak sepatutnya kita harus menyemai sifat malu kerana sifat malu itu merupakan lambang kecantikan....
pada perempuan itu haruslah didahului sifat jamal dan disusuli sifat jalal...jamal itu maksud nya kecantikan...so peribadi sorang perempuan itu mestilah cantik, dihiasi dengan lemah lembut , sopan santun dan berperibadi wanita mukmin zaman dahulu...
manakala sifat jalal plak adalah lambang kegagahan...so seorang wanita seharusnya matang dalam menguruskan rumahtangga dan berilmu. berilmu untuk turut sama bersama suami untuk mendidik anak2 dengan cara yang betul..
tapi ustaz 2 pesan lagi perempuan xleh meletak kan sifat jalal dulu sebab ia berjanggah dengan peradaban hukum kejadian wanita
manakala seorang wanita itu memerlukan suami yang bersifat jalal dan jamal iaitu gagah, berkepimpinan, bertanggungjawab dan matang, jamal plak bermaksud sabar, berhemah dan berlemah lembut dalam mentadbir keluarga
erm lepas baca artikel 2 satu je yang bermain2 dalam fikiran aku...
adakah aku dah mencapai tahap jamal dan jalal tu??
kalu belum, mampukah aku mencapai nya???
hish2 lemah lembut, sopan santun ????
macam xcaya je kalu aku jadi cam2 hehehe...mungkin satu masa nanti kot
kena cari suami yang boleh asuh aku jadi lembut hehe...
apa-apa pun jom kita berusaha dalam mengejar Jamal dan Jalal dalam edisi melengkapkan diri sebagai pakej terbaik sebagai calon isteri terbaik….
Kepada kaum hawa,
“Lebihkan Menjadi dari Mencari”
Salahkah Aku Sebagai Wanita
Posted by kanvashati at 6:10 PM 0 commentspada zaman ini wajarkah wanita didiskriminasikan??
aku rasa cukup sudahlah wanita didiskriminasi pada zaman jahiliah
kenapa pada zaman moden ini, disaat wanita berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan lelaki wanita masih didiskriminasikan
tidak berhargakah perjuangan Rasulullah S.A.W memperjuangkan nasib kaum hawa ini dan sekaligus mengangkat martabat wanita
terkadang aku hairan kenapa wanita yang menjaga kehormatannya ditertawa, dipandang rendah, dan tidak dihormati
bukankah keadaan tersebut tidak harus berlaku
adakah itu masih salah aku sebagai wanita???
pelik, hairan dan kecewa
rupa-rupanya ini perangai masyarakat zaman kini
oleh sebab aku bergelar wanita
aku dipandang rendah, dipandang sebelah mata, dipersalahkan dan dipertikaikan
dan wajarkah keadaan itu berlaku???
fikir-fikirkan lah
dan ketahuilah
wanita itu tidak lemah
Harga air mata wanita
Kata orang kekuatan wanita yang bisa mencairkan hati lelaki adalah melalui air mata nya. namun sampai bila seorang wanita itu harus terus mengalirkan air matanya demi menagih simpati kaum lelaki. Cukupkah sekadar dengan berbekal air mata dan wanita itu akan sentiasa Berjaya mencairkan hati seorang lelaki ???..
Allah telah mengurniakan air mata kepada para wanita sebagai salah satu cara untuk kaum wanita untuk melepaskan bebanan. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila2 masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan"...dan juga sebuah kekuatan..
Seorang lelaki mungkin dapat melampiaskan kemarahannya melalui memarahi orang di sekelilingnya tapi bagi seorang wanita, mereka hanya mampu mengalirkan air mata sebagai jalan penyelesaian tekanan di hatinya. bukan bererti mereka lemah tapi melalui air mata lah mereka mendapat kekuatan. Melalui air matalah wanita memujuk hatinya yang rawan dan melalui air mata lah wanita bangun untuk menapak kembali kehadapan.
Kerana seteruk2 wanita masih ada naluri keibuan dihatinya masih ada jiwa kewanitaan didalam nalurinya..
Kerana wanita itu dicipta sangat istimewa
Dan Rasullulah S.A.W sendiri amat menghormati kaum wanita.
Wanita Itu Lemah???
Wanita itu dicipta sangat rapuh dan amat lemah dimata lelaki
Tapi hakikatnya kekuatan wanita bukanlah pada fizikalnya tapi pada hatinya…
Kadangkala kekuatan wanita itu menyebabkan mereka boleh mengatasi beban melebihi kaum lelaki
Wanita mampu tersenyum walaupun hatinya merintih
Wanita mampu berkorban demi insan yang mereka cintai
Mereka juga mampu berdiri menegakkan keadilan
Wanita sanggup mengorbankan dirinya demi keluarganya
Wanita mampu bersengkang mata berjaga demi anaknya yang sakit
Kerana cinta wanita itu
CINTA TANPA SYARAT!!!!!!
Atas kesusahan dan kepayahan yang kaum wanita tempuhi maka Allah bekalkan bersama-sama wanita itu Air MATA bagi meneman hidupnya dikala wanita terbeban dengan segala permasalahan.
“Saat Ku ciptakan wanita, saya membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur."
Jadi hargailah wanita, sesungguhnya nilai seorang wanita itu tidak tertanding dengan harga harta di dunia
Friday, February 19, 2010
Wanita: Si Pencari CInta
Posted by kanvashati at 10:31 PM 0 commentswoman vs man….
perbincangan berkenaan jodoh dan cinta sering menjadi topik hangat di kalangan remaja, kerana cinta itu fitrah, mungkin hari ini cinta menlanggar hati si A dan kemungkinan esok melanggar hati si B. dan perbincangan tentang soal hati, cinta dan jodoh sering meniti di bibir kaum hawa, hingga terkadang terdengar dari mulut kaum adam "aah wanita nie asyik-asyik bercerita tentang hal nie, buat pening kepala je fikir" tapi itulah lumrah wanita…akan risau tentang jodohnya selagi dia tidak melangkah kearah itu…malahan ada satu pepatah English yang mengatakan “A woman worries about the future until she gets a husband. A man never worries about his future until he gets a wife!”..lawak bukan???tapi itulah hakikatnya
Kenapa wanita risaukan masa depannya sebelum berumahtangga dan kenapa lelaki akan mula risau apabila sudah berumahtangga??
Mengikut pandangan saya adalah wanita risau sebelum berkahwin kerana mereka tertanya-tanya siapakah gerangan yang bakal menjadi suaminya, yang bakal melindunginya dari sebarang ancaman, yang bakal memimpinnya dari terjatuh ke lembah yang tidak sepatutnya, yang bakal berkongsi segala-galanya dengan beliau. Jika baik suaminya maka insyaallah baiklah isterinya kerana tugas si suami adalah akan membimbing si isteri. Jika tinggi ilmu si suami insyaallah bakal menhasilkan anak-anak yang terbaik.
Manakala kebimbangan si suami bermula selepas berkahwin kerana, beliau akan mula berfikir bagaimana hendak menanggung si isteri dan anak-anak, bagaimana cara yang terbaik untuk memimpin untuk menjadi sebuah keluarga yang bahagia dan bagaimana untuk berlaku adil dengan isteri, anak2, perkerjaan dan kehidupan sosialnya.
Maka oleh sebab hal tersebut lah wujudnya pepatah sedemikian…
Jodoh
Di dalam surah an-Nur ayat 26, Allah s.w.t. berfirman maksudnya:
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik….."
Jom kita renung sekejap maksud ayat tersebut
Ayat ini diturunkan bersempena dengan peristiwa "al-ifki", iaitu ketika Sayyidatina ‘Aisyah r.a. difitnah oleh puak-puak munafiq di Madinah telah melakukan perbuatan curang dengan seorang sahabat yang baik bernama Sofwan bin Mu’attol.
Allah s.w.t. mempertahankan kesucian ‘Aisyah r.a. dan menegaskan bahawa jika benarlah ‘Aisyah itu jahat, masakan dia dapat mendampingi seorang manusia paling suci seperti Muhammad s.a.w. dan amat disayangi pula oleh baginda? Pengajaran yang dapat diambil dari ayat ini ialah hubungan intim antara pasangan suami isteri itu hanya berlaku apabila wujud persamaan dari segi akhlak serta cara hidup. Orang yang mulia akhlaknya tidak akan bahagia di sisi orang yang jahat dan begitulah sebaliknya.
Ini tidak menafikan adanya jodoh antara dua insan yang berbeza matlamat serta cara hidupnya seperti Asiah dengan Fir’aun dan pasangan-pasangan lain yang dapat kita saksikan sepanjang sejarah manusia. Semua itu adalah ujian. Lagipun hati manusia ini sering berbolak balik. Hari ini baik, esok berubah, kemudian kembali baik semula. Allahu A’lam.
~~Prof Madya Mazanah bt Daud~~
Dulu saya pernah tertanya-tanya adakah betul ayat tersebut…tapi ayat tersebut adalah petikan dari ayat al quran maka tiada yang tidak betul daripada al-quran kerana itu adalah kalam allah…janji allah kepada umatnya..dan apa yang diseru dan dikatakan oleh allah itu adalah yang terbaik untuk hambanya kerana tiada yang lebih mengetahui tentang segala hal di dunia ini melainkan NYA..
“bukan nak cakap aku nie baik sangat tapi aku just wondering la kan, bukan ke dah tertulis ke kat luh mahfuz dengan siapa jodoh kita?then macamana kalu jodoh yang kita dapat 2 jahat?”xacilah cam2..kita nie bukan main lah baik, pelihara kehormatan diri dan sebagainya then ttbe dapat jodoh yang jahat??” Kataku kepada salah seorang rakan ku
Lantas rakan ku menjawap “ berdoa lah...kalau betul dia jahat maka brdoalah dia agar berubah menjadi baik, sesungguhnya Allah tue dah tahu apa yang terbaik untuk kita, kan tak semestinya benda yang kita suka tue baik untuk kita dan benda yang kita tak suka 2 tak baik untuk kita”
Aku terharu
Bagaimanakah caranya hendak mendapatkan jodoh yang baik???
Untuk mendapat jodoh yang baik maka kita pertama-tamanya kita sendiri yang harus mengubah diri kita. Saya tertarik dengan satu petikan artikel dari Dr Ahmad Fahmi, UNPAD Indonesia,
“Selepas melihat semakin rosaknya ummah sekarang. Bagi saya, keperluan untuk membina satu keluarga contoh, sakinah dan mawadah sudah menjadi kewajipan setiap insan yang mengaku beriman. Melahir dan mendidik generasi baru sebagai penyambung mata rantai perjuangan Baginda sudah menjadi tuntutan yang vital.
Kepada lelaki, hormatilah wanita seperti Baginda menghormati mereka.
Kepada wanita, lebihkan menjadi dari mencari dan kuatlah dalam berprinsip.”
Hah…kepada wanita, lebihkan menjadi dari mencari, insyallah jika kita menjadi orang yang baik maka kita akan mendapat jodoh yang baik..bukankah Allah itu Maha Adil. just percaya kepadanya. Jika kita masih mendapat jodoh yang kurang baik mungkin itu adalah ujian untuk kita tapi mungkin juga balasan untuk kita kerana kealpaan kita…bila something happen first sekali kta kita tengok mungkin hal itu terjadi mungkin sebab kesalahan kita sendiri..muhasabah eh hehe…
“tapi takkan nak tunggu sahaja, takkan xde usaha langsung?,
bukankah tawakal tanpa usaha 2 adalah perbuatan sia-sia sahaja?”
Berusaha????erm macammana hendak menjawap soalan ini sedangkan soalan inilah yang selalu bermain2 difikiranku?
Menurut ustaz hasrizal, pergunaan orang tengah mungkin berhasil…tapi bagi aku, si perempuan mungkin perasaan malu akan menebal.
Xpelah kot..yg penting kita menyiapkan diri kita untuk menjadi calon isteri yang terbaik untuk sang suami..hahaha…ayat xboleh tahan…
Jawapan bagi persoalan..
Buat para wanita, (peringatan untuk diri sendiri jugak nie) berusahalah mnjadikan diri sbagai "produk solehah". bukan untuk menarik hati lelaki supaya mendekati kita tapi agar Allah sayang lantas Allah serahkan hati kita mnjadi milik lelaki soleh yang dipilihNya. Hati ini milik Allah, rasa cinta ini Allah juga yang tempatkan dalam hati kita, dan cinta kepada siapa juga Allah yang campakkan ke dlm hati kita.
Jadi, jagalah hati agar sentiasa sayang kepada Allah dan rindu kepada Rasulullah saw, moga2 Allah berikan hati kita ini kpd lelaki y dipilihNya.
persoalan bagaimana hndak mnjaga hati?
Jika jwpn BERMUJAHADAHLAH tidak boleh diterima, buat masa ni saya belum ada jawapan lain..
kadang2 nk mrh pada diri sbb xleh nk jg hati kn, ssh nk mujahadah..
SUSAH itu ubatnya SABAR,
SUSAH itu TARBIYAH,
SABAR itu INDAH..
Credit to ifah
Betul2 susah sungguh menjaga hati..kadang2 orang yang kita sayang jauh dimata, xjumpa pun tapi boleh berzina…
Erm macamana 2? Kata jauh tapi berzina??macammana nak berzina kalau jauh??
Zina ini ada banyak jenis termasuklah zina hati …actually saya pun masih tidak ketemukan jawapan yang sesuai untuk pertanyaan ini…kerana cinta dan sayang itu fitrah manusia..alangkah bagusnya jika kita dapat melawan semua itu..nanti kalau saya ketemukan jawapan itu, insyaallah saya akan berkongsi bersama…
Tapi buat masa ini apa yang termampu adalah menyibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti harian…isyaallah kita akan mengurangkan kadar berzina hati itu sendiri…
Saya petik satu pepatah arab dari ustaz hasrizal
“statiknya air akan merosakkannya, statiknya pemuda(dengan banyaknya masa lapang) akan membunuh dirinya”
haaa dengan cara memyibukkan diri sahajalah dapat membantu kita membendung daripada melakukan perkara tidk sepatutnya, jika mempunyai masa lapang yang banyak kemungkinan masa itu akan digunakan olah kita untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah, malahan mampu membawa kita kepada penyakit umat akhir zaman iaitu panjang angan-angan..
“Tidak ada yang dapat mengusir syahwat atau kecintaan kepada kesenangan duniawi selain rasa takut kepada Allah yang menggetarkan hati atau rasa rindu kepada Allah yang membuatkan hati merana!”
Ibnu Athaillah
Ketika Cinta Bertasbih 1
sesungguhnya kecintaan kita kepada Allah SWT dapat membantu kita mengawal rasa dijiwa yang kadang2 tidak mampu dibendung oleh diri kita sendiri. soal hati amat susah untuk ditangani tanpa cara yang betul.
Derap-derap cinta
Erm cara bercerita macamlah aku nie baik sangat…sebenarnya tidak…terhasilnya entri ini adalah kerana banyak persoalan demi persoalan bermain di fikiran aku tentang cinta
Terkadang tidak mampu berfikir dan berbuat apa2….
Malahan ada beberapa persoalan yang masih belum terjawab di benakku…terkadang aku pun menyesal dan tertanya-tanya “adakah cinta aku nie melebihi cinta aku kepada Allah…nauzubillah minta dijauhkan…mungkin pertama kali merasakan perasan sebegini menyebabkan aku melampaui batas2 agama.
Apa yang aku tahu time will help us in life…
dan kepada para wanita: si pencari cinta, ketahuilah
wanita itu ibarat epal, epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana berguguran di tanah, tapi epal yang tidak mampu dibeli berada di puncak.....
susah dipetik, digapai
terkadang epal itu risau....
"kenapa diriku belum dipetik?,
lantas ia merendahkan martabatnya dan mengugurkan diri menyembah tanah sedangkan ia sebenarnya allah jadikan setinggi martabat hingga tiada siapa yang berani memetiknya
hanya pemuda yang hebat sahaja mampu,mungkin bukan didunia tapi di akhirat
biar jodoh bukan di dunia asalkan cinta ilahi mengiringi....
Let the Words begins
Posted by kanvashati at 9:58 PM 0 commentskanvas hati
biarkan hati melakar cerita
cerita hidup yang kadang kala terlakar warna-warna ceria
dan kadang kala tercoret warna-warna senja
apa pun biarlah kanvas damia menjadi saksi dan menjadi bukti kehadiran aku di alam ini
semoga beroleh manfaat bersama dan dapat berkongsi kisah suka dan duka....
######
