Monday, February 22, 2010

Antara Jamal Dan Jalal

Suatu hari, pagi2 lagi aku dah baca satu artikel dalam majalah anis

bukan apa tajuknya amat menarik perhatian aku...

"carilah Jamal & Jalal pada isteri"

hehehe majalah anis yang iffah punya edisi februari 2010

kenapa kena cari jamal & jalal pada isteri???

permulaan artikel nie banyak bercerita tentang perasaan malu...ya malu adalah sebahagian dari iman( riwayat Abu Hurairah)...so apabila kita mempunyai sifat malu kepada Allah maka automatically kita akan malu melakukan dosa...yang paling penting kita kena menanam sifat malu dalam diri isteri dan anak2 tidak lupa juga pada sang suami kena jugak mempunyai perasaan malu dengan Allah bila tidak berjaya mendidik anak2 dan isteri ke jalannya.
bila fikir2 balik sikap malu tue memang penting, bila kita nak buat something dan sikit sebanyak perasaan malu akan menegah kita melakukan sesuatu yang perkara yang tak sepatutnya....tapi sepatutnya malu haruslah bertempat...jangan malu bertanya sebab malu bertanya nanti sesat jalan hehe....

untuk mengekalkan sifat malu 2 mesti susah so cara nak kekalkan sifat malu adalah dengan mempunyai kekuatan dalam diri untuk mendalami ilmu pengetahuan, mesti kuat berdoa n konsisten berzikir...

ustaz itu pesan jugak sepatutnya kita harus menyemai sifat malu kerana sifat malu itu merupakan lambang kecantikan....

pada perempuan itu haruslah didahului sifat jamal dan disusuli sifat jalal...jamal itu maksud nya kecantikan...so peribadi sorang perempuan itu mestilah cantik, dihiasi dengan lemah lembut , sopan santun dan berperibadi wanita mukmin zaman dahulu...

manakala sifat jalal plak adalah lambang kegagahan...so seorang wanita seharusnya matang dalam menguruskan rumahtangga dan berilmu. berilmu untuk turut sama bersama suami untuk mendidik anak2 dengan cara yang betul..

tapi ustaz 2 pesan lagi perempuan xleh meletak kan sifat jalal dulu sebab ia berjanggah dengan peradaban hukum kejadian wanita

manakala seorang wanita itu memerlukan suami yang bersifat jalal dan jamal iaitu gagah, berkepimpinan, bertanggungjawab dan matang, jamal plak bermaksud sabar, berhemah dan berlemah lembut dalam mentadbir keluarga
erm lepas baca artikel 2 satu je yang bermain2 dalam fikiran aku...

adakah aku dah mencapai tahap jamal dan jalal tu??

kalu belum, mampukah aku mencapai nya???

hish2 lemah lembut, sopan santun ????

macam xcaya je kalu aku jadi cam2 hehehe...mungkin satu masa nanti kot

kena cari suami yang boleh asuh aku jadi lembut hehe...
apa-apa pun jom kita berusaha dalam mengejar Jamal dan Jalal dalam edisi melengkapkan diri sebagai pakej terbaik sebagai calon isteri terbaik….

Kepada kaum hawa,

“Lebihkan Menjadi dari Mencari”

0 comments:

Post a Comment