Diskriminasi!!!masih terjadi???
pada zaman ini wajarkah wanita didiskriminasikan??
aku rasa cukup sudahlah wanita didiskriminasi pada zaman jahiliah
kenapa pada zaman moden ini, disaat wanita berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan lelaki wanita masih didiskriminasikan
tidak berhargakah perjuangan Rasulullah S.A.W memperjuangkan nasib kaum hawa ini dan sekaligus mengangkat martabat wanita
terkadang aku hairan kenapa wanita yang menjaga kehormatannya ditertawa, dipandang rendah, dan tidak dihormati
bukankah keadaan tersebut tidak harus berlaku
adakah itu masih salah aku sebagai wanita???
pelik, hairan dan kecewa
rupa-rupanya ini perangai masyarakat zaman kini
oleh sebab aku bergelar wanita
aku dipandang rendah, dipandang sebelah mata, dipersalahkan dan dipertikaikan
dan wajarkah keadaan itu berlaku???
fikir-fikirkan lah
dan ketahuilah
wanita itu tidak lemah
Harga air mata wanita
Kata orang kekuatan wanita yang bisa mencairkan hati lelaki adalah melalui air mata nya. namun sampai bila seorang wanita itu harus terus mengalirkan air matanya demi menagih simpati kaum lelaki. Cukupkah sekadar dengan berbekal air mata dan wanita itu akan sentiasa Berjaya mencairkan hati seorang lelaki ???..
Allah telah mengurniakan air mata kepada para wanita sebagai salah satu cara untuk kaum wanita untuk melepaskan bebanan. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila2 masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan"...dan juga sebuah kekuatan..
Seorang lelaki mungkin dapat melampiaskan kemarahannya melalui memarahi orang di sekelilingnya tapi bagi seorang wanita, mereka hanya mampu mengalirkan air mata sebagai jalan penyelesaian tekanan di hatinya. bukan bererti mereka lemah tapi melalui air mata lah mereka mendapat kekuatan. Melalui air matalah wanita memujuk hatinya yang rawan dan melalui air mata lah wanita bangun untuk menapak kembali kehadapan.
Kerana seteruk2 wanita masih ada naluri keibuan dihatinya masih ada jiwa kewanitaan didalam nalurinya..
Kerana wanita itu dicipta sangat istimewa
Dan Rasullulah S.A.W sendiri amat menghormati kaum wanita.
Wanita Itu Lemah???
Wanita itu dicipta sangat rapuh dan amat lemah dimata lelaki
Tapi hakikatnya kekuatan wanita bukanlah pada fizikalnya tapi pada hatinya…
Kadangkala kekuatan wanita itu menyebabkan mereka boleh mengatasi beban melebihi kaum lelaki
Wanita mampu tersenyum walaupun hatinya merintih
Wanita mampu berkorban demi insan yang mereka cintai
Mereka juga mampu berdiri menegakkan keadilan
Wanita sanggup mengorbankan dirinya demi keluarganya
Wanita mampu bersengkang mata berjaga demi anaknya yang sakit
Kerana cinta wanita itu
CINTA TANPA SYARAT!!!!!!
Atas kesusahan dan kepayahan yang kaum wanita tempuhi maka Allah bekalkan bersama-sama wanita itu Air MATA bagi meneman hidupnya dikala wanita terbeban dengan segala permasalahan.
“Saat Ku ciptakan wanita, saya membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur."
Jadi hargailah wanita, sesungguhnya nilai seorang wanita itu tidak tertanding dengan harga harta di dunia
Monday, February 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment